July 27, 2024

Pandu melulu: Dua beranak cedera

Pandu melulu: Dua beranak cedera


BENTONG – Dua beranak selepas kereta Proton Waja yang terlibat dalam aksi himpit menghimpit dengan Honda City di Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam terbabas dan terbalik.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa yang cedera adalah pemandu dan penumpang kereta Proton Waja.
.
Mangsa berusia 56 dan 25 tahun itu dikatakan dalan perjalanan dari Kuantan ke Kedah manakala pemandu Honda City dari arah Temerloh.

“Siasatan mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta Proton Waja melanggar bahagian sisi dengan Honda City yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara tempatan berumur 34 tahun.

“Akibat pelanggara itu, pemandu Proton Waja tersebut gagal mengawal kenderaan dan terbabas ke kiri jalan lalu terbabas ke dalam longkang dan terbalik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menerusi rakaman video yang tular, sebelum nahas, kedua-dua kereta berkenaan didapati telah memandu secara cuai, melulu serta menghimpit dan membuat provokasi kerana tidak berpuas hati dengan pemanduan masing-masing.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Zaiham meminta saksi kejadian itu untuk tampil memberikan maklumat. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top