Patutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita Arab – Hijabista

Patutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita Arab – Hijabista

Wanita Arab sememangnya terkenal dengan kecantikan semula jadi. Rambutnya tebal hitam dan berkilat, serta memiiki kulit yang cantik bersih.

Walau tanpa secalit solekan pun tetap nampak natural beauty.

Patutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita Arab

Rupa-rupanya, mereka mengamalkan resipi kecantikan semula jadi yang telah diuji sepanjang zaman. Ia juga mudah didapati serta murah.

AIR MAWAR
Air mawar adalah rahsia kecantikan tertua di Timur Tengah yang membantu mengurangkan kerosakan pada gentian elastin kulit dan melambatkan pembentukan kedutan. Selain dipercikkan ke muka, air mawar juga boleh dibekukan dalam acuan untuk dijadikan kiub ais.

Patutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita ArabPatutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita Arab

Sapukan kiub ais itu bermula dari muka ke leher sehingga ais cair. Biarkan ia kering. Amalkan dua kali seminggu. Suhu sejuknya membantu meningkatkan darah ke permukaan kulit.

MINYAK ARGAN
Selain air mawar, minyak argan juga rahsia kecantikan tertua di Timur Tengah. Wanita di Arab Saudi telah menggunakan ramuan minyak argan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki selama berabad-abad.

Patutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita ArabPatutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita Arab

Minyak argan mengandungi asid lemak, antioksidan, vitamin dan mineral bagi meningkatkan kesihatan serta melindungi kulit dan rambut daripada kerosakan.

LEMON
Lemon membantu menghilangkan sel kulit mati.Potong sebiji limau nipis. Perah jusnya sebanyak satu mangkuk.

Patutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita ArabPatutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita Arab

Masukkan 1/4 cawan gula perang dan 1/4 minyak zaitun kemudian gaul. Asid lemon akan membuang sel kulit mati manakala gula membantu mengeluarkannya. Bilas dengan air suam agar kulit kelihatan segar.

MADU
Kisar sebiji timun, tapis dan asingkan jusnya. Tambahkan dua sudu teh madu ke dalam jus dan kacau.

Patutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita ArabPatutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita Arab

Tuangkan ke dalam botol. Sapu pada muka dan leher menggunakan pad kapas, kemudian bilas. Amalkan setiap hari pada waktu pagi dan petang. Boleh disimpan dalam peti sejuk dan ia tahan sehingga satu minggu.

ALOE VERA
Membantu melembapkan dan merawat kulit. Caranya, ambil sekeping aloe vera untuk mengekstrak gel. Kemudian campurkan dengan minyak argan.

Patutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita ArabPatutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita Arab

Sapu pada muka pada waktu malam. Cara ini dipercayai dapat melawan penuaan awal serta mencegah kedutan pada wajah.

YOGURT
Membantu memberikan kesan pengelupasan yang lembut. Kandungan asid laktik membantu mencepatkan penggantian sel dan menghasilkan kulit yang lebih cerah.

Patutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita ArabPatutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita Arab

Tambahkan beberapa badam mentah ke dalam yogurt bagi meningkatkan proses pengelupasan. Kulit menjadi lebih lembut dan gebu.

OAT
Mempunyai kesan menenangkan dan anti radang melalui kandungan ‘beta glucan’ iaitu serat larut yang mencipta lapisan nipis penahan lembapan pada permukaan kulit.

Patutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita ArabPatutlah Flawless! Air Mawar & Minyak Argan Rahsia Kecantikan Wanita Arab

Masukkan segenggam oat ke dalam kain muslin dan ikatnya dengan getah untuk membentuk bola. Rendam bebola oat dalam air suam, kemudian cuci muka dengan air yang diperah dari bebola tersebut pada muka dan badan. Biarkan sehingga kering.

OR

Scroll to Top