Pearly-Thinaah juara Terbuka Artik

Pearly-Thinaah juara Terbuka Artik

Pearly-Thinaah juara Terbuka Artik


Pearly-Thinaah tampil bertenaga untuk menumpaskan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dalam perlawanan akhir Terbuka Artik.

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah membuktikan kehebatan mereka apabila muncul juara Terbuka Artik 2025 yang berlangsung di Vantaa, Finland pada Ahad.

Pasangan yang kini menghuni ranking kedua dunia itu tampil cukup bertenaga dan tidak memberi ruang kepada lawan apabila menundukkan pilihan ketiga dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dengan keputusan 21-7, 21-9 dalam masa hanya 32 minit.

Aksi mantap dipamerkan Pearly-Thinaah dengan rentak permainan konsisten dan tidak melakukan banyak kesilapan menyaksikan mereka mendominasi kedua-dua set untuk memastikan lawan dari Jepun itu tidak mampu bangkit sekali gus menyudahkan perlawanan dengan mudah.

Kejayaan manis di bumi Finland itu sekali lagi mengukuhkan reputasi mereka sebagai antara beregu wanita terbaik dunia, selain turut menambah koleksi kejuaraan musim ini selepas menjulang gelaran Terbuka Thailand pada Mei lalu.

Menariknya, kejayaan kali ini juga merupakan gelaran kedua tahun ini buat Pearly-Thinaah di samping menjadikan final keenam yang mereka sertai sepanjang musim 2025.

Sebelum ini, pasangan negara itu muncul naib juara di Indonesia Masters (Januari), Terbuka Indonesia (Jun), Terbuka Jepun (Julai) serta Kejohanan Dunia BWF di Paris (Ogos).

Ringkasan AI

  • BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah menjadi juara Terbuka Artik 2025 di Finland
  • Pasangan tersebut menewaskan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun dengan keputusan 21-7, 21-9 dalam masa 32 minit
  • Permainan konsisten dan sedikit kesilapan membolehkan Pearly-Thinaah mendominasi perlawanan
  • Kejayaan ini menambah reputasi mereka sebagai beregu wanita terbaik dunia dan merupakan gelaran kedua tahun ini
  • Mereka juga pernah naib juara di Indonesia Masters, Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun dan Kejohanan Dunia BWF

Artikel Disyorkan



Source link

OR

Scroll to Top