Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir Terbuka Indonesia

Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir Terbuka Indonesia

Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir Terbuka Indonesia


Pearly-Thinaah berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir Terbuka Indonesia 2026. Foto fail Bernama

BEREGU wanita utama negara dan pilihan kedua kejohanan, Pearly Tan-M Thinaah, meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir Terbuka Indonesia 2026 selepas menewaskan pasangan Taiwan, Hsu Ya Ching-Sung Yu-Hsuan 21-18, 21-19 di Jakarta hari ini.

Pasangan ranking kedua dunia itu mempamerkan aksi konsisten sepanjang perlawanan di Istora Senayan untuk mengatasi tentangan lawan sekali gus mengesahkan tempat dalam kelompok lapan terbaik kejohanan bertaraf Super 1000 tersebut.

Menanti Pearly-Thinaah di suku akhir sama ada pasangan senegara, Ong Xin Yee-Carmen Ting, atau gandingan Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara, yang dijadualkan berentap dalam satu lagi aksi pusingan kedua hari ini.

Sementara itu, beregu campuran negara yang berada di ranking ke-12 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, mencipta kejutan dengan menewaskan pasangan Indonesia yang menghuni ranking kesembilan dunia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu.

Pasangan suami isteri itu memerlukan 41 minit untuk meraih kemenangan 21-15, 21-19 ke atas wakil tuan rumah tersebut, sekali gus melakar kemenangan pertama mereka ke atas gandingan Indonesia itu selepas tewas dalam tiga pertemuan terdahulu. – Bernama

 

 

Mesti Baca



Source link

OR

Scroll to Top