July 27, 2024

Pekerja pembersihan cedera ditembak dengan senjata tiruan

Pekerja pembersihan cedera ditembak dengan senjata tiruan



am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Lelaki ditahan selepas dipercayai menembak pekerja pembersihan menggunakan senapang tiruan hingga cedera di sebuah taman perumahan di Luyang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, lelaki terbabit dikatakan menembak mangsa berusia 23 tahun yang sedang berehat bersama rakan di luar perkarangan rumah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama dua rakannya sedang berehat selepas memotong rumput.

Katanya, mangsa tiba-tiba mendakwa berasa sakit di bahagian lengan kanan dan berlaku pendarahan.

“Mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang bunyi tembakan memandangkan semasa kejadian bunyi persekitaran bising dengan mesin rumput.

“Akibat kejadian, mangsa luka di lengan dan badan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, polis sudah menahan seorang lelaki dan merampas beberapa senjata tiruan termasuk tiga bilah kerambit buatan sendiri di bilik suspek.

Katanya, suspek berusia 22 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top