July 27, 2024

Peluang Speedy Tigers sukar

Peluang Speedy Tigers sukar



saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Peluang skuad hoki negara untuk mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara dilihat cukup sukar selepas tewas 1-3 kepada Perancis pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B, hari ini.

Keputusan itu menyaksikan Speedy Tigers kini menduduki tangga ketiga dengan hanya mengumpul satu mata selepas seri 4-4 dengan Pakistan pada perlawanan pertama.

Skuad negara terpaksa mengharapkan Perancis menewaskan Pakistan pada perlawanan terakhir kumpulan selain perlu mencatatkan kemenangan 10-0 ke atas Kanada pada perlawanan Rabu ini seandainya masih menyimpan impian ke separuh akhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Gniezno, Poland itu, skuad bimbingan Sarjit Singh ketinggalan seawal minit ke-5 selepas Timothee Clement meletakkan Perancis di depan menerusi pukulan sudut penalti.

Malaysia bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan padang penyerang utama negara, Faizal Saari di minit ke-28.

Namun kebangkitan yang diharapkan daripada barisan pemain negara tidak menjadi selepas Francois Goyet menambah gol kedua Perancis minit ke-43 sebelum Etienne Tynevez mengesahkan kemenangan apabila menyempurnakan penalti stroke minit terakhir perlawanan.

Dengan kemenangan itu, Perancis yang menduduki ranking kesembilan dunia dan memimpin Kumpulan B hasil enam mata, sudah pun mengesahkan tiket ke separuh akhir.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top