September 8, 2024

Pemandu lori maut selepas rempuh van, kereta dan kedai kosong

Pemandu lori maut selepas rempuh van, kereta dan kedai kosong


JERANTUT – Seorang pemandu lori meninggal dunia setelah kenderaan dipandu hilang kawalan dan merempuh sebuah van dan kereta yang diparkir serta sebuah kedai kosong di bandar lama di sini hari ini.

Ketua Polis Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad berkata, pemandu lori muatan tar itu disahkan meninggal dunia di lokasi nahas akibat kecederaan parah manakala pemandu van mengalami kecederaan ringan.

”Semasa kejadian kira-kira pukul 3 petang itu mangsa dari arah perjalanan dari persimpangan lampu isyarat Dato Bahaman menuju ke Jalan Bandar Lama.

”Apabila sampai di tempat kejadian mangsa telah gagal mengawal kenderaan dan telah melanggar sebuah van yang sedang bergerak dipandu seorang lelaki dan sebuah kereta yang di parkir dan juga sebuah buah kedai kosong,” katanya dalam kenyataan.

Zukri berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat dan pemandu van pula menerima rawatan lanjut di Hospital Jerantut.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen  41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang memaklumkan dalam insiden itu, pemandu lori tersepit akibat melanggar kedai manakala mangsa di dalam van cedera di bahagian kaki dan telah dikeluarkan orang awam.

Pihak bomba membuat kerja-kerja menyelamatkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top