PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menegaskan isu penderaan dalam talian akan merosakkan atmosfera bola sepak, menuntut lebih banyak usaha dilakukan untuk membasmi perkara tersebut.
Polis sebelum ini menyiasat ugutan dialami pengadil Michael Oliver selepas melayangkan kad merah terhadap pemain Arsenal, Myles Lewis-Skelly kerana menjatuhkan Matt Doherty ketika aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux.
Bagaimanapun penggantungan tiga perlawanan dikenakan terhadap pemain sayap itu dibatalkan selepas suruhanjaya kawal selia bebas menerima laporan bantahan keputusan yang didakwa salah dari kelab London utara tersebut.
Malah jelas bekas penolong Pep Guardiola ketika di Manchester City itu, satu keperluan untuk membasmi penderaan emosi ini tanpa mengambil kira sama ada mangsa adalah pemain, jurulatih atau pengadil.
“Sejujurnya penderaan sebegini meninggalkan rasa kurang tidak selesa dan menyukarkan kehidupan orang ramai. Mari kita bersama-sama keluarkannya, mari kita tendang keluar dari atmosfera bola sepak.
Apabila ditanya sama ada itu adalah mesej yang ditujukan kepada penyokong Arsenal, Arteta berkata: “Ia untuk semua orang dalam bola sepak, ia tidak sepatutnya dibenarkan. Kami tidak mahu dan tidak memerlukannya dan ia merosakkan sukan kami.”
Pada masa sama Arteta juga turut menyarankan agar diwujudkan undang-undang khusus bagi menangani penderaan dalam talian segera.
“Kami telah meletakkan undang-undang, langkah dan peraturan untuk mengatasi penyalahgunaan perkara seperti itu tetapi tidak di media sosial.
“Kami semua bercakap mengenainya, tetapi tiada siapa yang menggerakkannya cukup kuat untuk mengeluarkan perkara ini dari atmosfera bola sepak kerana ia tidak boleh diterima,” katanya.
Sebagai rekod, Oliver akan mengendalikan perlawanan Liga Perdana Inggeris, Ipswich Town menentang Southampton di Stadium Portman Road pada Sabtu.
Tugasan itu menyaksikan dia tidak akan mengendalikan perlawanan Arsenal menentang Manchester City pada Isnin, dengan Peter Bankes mengambil alih di Stadium Emirates.
Minggu lalu seorang budak lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki melakukan penderaan emosi dalam talian terhadap penyerang Arsenal, Kai Havertz dan isterinya selepas kekalahan kepada Manchester United dalam saingan Piala FA.
Liga Juara-Juara
Khamis (30 Januari)
PSV Eindhoven lwn Liverpool
Bayern Munich lwn Slovan Bratislava
Borussia Dortmund lwn Shakhtar Donetsk
Bayern Leverkusen lwn Sparta Prague
Girona lwn Arsenal
Barcelona lwn Atalanta
Brest lwn Real Madrid
Manchester City lwn Club Brugge
Young Boys lwn Red Star Belgrade
Lille OSC lwn Feyenoord Rotterdam
Juventus lwn Benfica
Aston Villa lwn Celtic
Dinamo Zagreb lwn AC Milan
Inter Milan lwn AS Monaco
SK Strum Graz lwn RB Leipzig
RB Salzburg lwn Atletico Madrid
Sporting Lisbon lwn Bologna
VfB Stuttgart lwn Paris Saint-Germain
* Semua perlawanan bermula jam 4 pagi






