Penduduk gempar buaya muncul di kawasan padi

Penduduk gempar buaya muncul di kawasan padi


TUMPAT: Penduduk di Kampung Nechang di sini, gempar dengan kemunculan seekor buaya di kawasan sawah padi di kampung tersebut selepas banjir surut semalam.

Buaya yang dianggarkan sepanjang dua meter itu disedari timbul di kawasan sawah oleh seorang kakitangan awam, Mohd. Azam Jusoh kira-kira pukul 6 petang.

Mohd. Azam berkata, dia menerima maklumat berhubung penemuan seekor buaya menerusi aplikasi kumpulan WhataApp penduduk kampungnya.

“Saya dan sepupu sempat merakam video buaya tersebut yang dipercayai datang dari Sungai Pangkalan Nangka di sini. Kami percaya reptilia itu mungkin dibawa oleh arus dari Sungai Pangkalan Nangka ke sungai di kampung semasa banjir gelombang pertama baru-baru ini,” katanya ketika hari ini

Menurutnya, difahamkan, buaya tersebut sudah berenang ke arah sungai yang lebih besar di Sungai Nechang di sini.





Source link

OR

Scroll to Top