Pengikut Instagram Tak Ramai, Izzul Faiq Teruja Diberi Peluang Bintangi Filem Arahan Adrian Teh

Pengikut Instagram Tak Ramai, Izzul Faiq Teruja Diberi Peluang Bintangi Filem Arahan Adrian Teh

Pengikut Instagram Tak Ramai, Izzul Faiq Teruja Diberi Peluang Bintangi Filem Arahan Adrian Teh


Pelakon baharu, Izzul Faiq, 28, teruja apabila dipilih membawakan watak antagonis dalam filem arahan pengarah terkenal Adrian Teh.

Menganggap ia sebagai sebuah peluang yang tidak disangka-sangka, Izzul mengakui dia rasa rendah diri ketika menempuh sesi uji bakat kerana perlu bersaing dengan calon yang lebih terkenal.

“Pada mulanya saya fikir, siapa saya untuk bersaing dengan pelakon muda yang sudah ada nama. Pengalaman ini sangat bermakna untuk saya,” kata Izzul.

Dia turut berkongsi detik sebelum dipanggil ke sesi uji bakat selepas sedang sibuk di lokasi penggambaran drama.

“Waktu itu saya sedang menjalani penggambaran ketika pengurus dimaklumkan oleh pihak produksi. Selepas berbincang, saya datang pada saat akhir dan Alhamdulillah rezeki tiba juga,” jelasnya.

Membawakan watak aksi merupakan impian Izzul sejak dahulu lagi. Sebelum ini, dia sering ditawarkan watak remaja, pelajar kolej atau watak kecil, namun tidak pernah putus asa meneruskan cita-cita.

“Nama saya belum besar, tetapi tidak salah untuk bermimpi. Saya percaya rezeki sudah ditetapkan untuk setiap orang,” ujarnya.

Izzul sedar jumlah pengikut media sosial kini sering menjadi faktor pertimbangan penerbit dan pengarah serta turut mengakui kurang aktif di platform itu kerana lebih fokus bekerja di set.

“Pengurus selalu pesan supaya kerap kemas kini media sosial. Saya cuba lakukan yang terbaik, cuma sukar kerana saya jarang pegang telefon semasa penggambaran,” katanya berseloroh.

Selain penglibatannya dalam Chelot, Izzul juga baru selesai penggambaran sebuah filem berkonsep klasik bersama Mira Filzah dan Kamal Adli. Filem itu masih dalam proses suntingan dan dijangka ditayangkan tahun ini.



Source link

OR

Scroll to Top