Penumpang kelas perniagaan basah kuyup kena kencing dalam pesawat

Penumpang kelas perniagaan basah kuyup kena kencing dalam pesawat


Bangkok: Kelas perniagaan penerbangan Air India ke Bangkok huru-hara selepas seorang penumpang membuang air kecil pada penumpang lain.

The Thaiger melaporkan, insiden mengejutkan itu berlaku dalam penerbangan AI 2336 dari New Delhi pada 9 April lalu ketika pesawat itu bersedia untuk mendarat di Bangkok.

Walaupun tandas penerbangan berfungsi sepenuhnya, lelaki itu didakwa membuka zip dan membuang air berdekatan penumpang lain dalam kelas berkenaan.

Mangsa yang dilaporkan sebagai pengarah urusan sebuah syarikat, dikatakan terkejut selepas terkena air kencing lelaki itu, manakala kakitangan syarikat penerbangan bergegas untuk menangani keadaan.

Kru kabin juga sempat menawarkan bantuan kepada penumpang yang basah kuyup itu untuk membuat aduan di Bangkok, namun dia menolak pada masa itu, mungkin masih terkejut dengan insiden itu.

Sementara itu, Air India mengesahkan perkara itu sudah dilaporkan kepada polis dan satu jawatankuasa akan menyiasat sama ada suspek akan disenarai hitamkan dari penerbangan akan datang.

“Selain memberi amaran kepada penumpang yang tidak dikawal itu, anak kapal kami menawarkan untuk membantu mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa di Bangkok, tetapi ditolak pada masa itu,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Polis kini sedang menyiasat pesawat Air India itu atas insiden terbabit.

Lelaki yang tidak disebutkan namanya itu dilaporkan meminum alkohol.

Insiden itu menambahkan lagi reputasi buruk syarikat penerbangan itu yang sebelum ini mempunyai rekod kes minuman keras.

Menteri Penerbangan Awam India, Ram Mohan Naidu Kinjarapu berkata, penumpang itu akan diambil tindakan jika didapati bersalah.

“Setiap kali kejadian seperti ini berlaku, kementerian mengambil maklum.

“Jika ada salah laku, kami akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top