Hyderabad: Seorang penumpang terjun dari sebuah pesawat di lapangan terbang Chennai selepas membuka pintu kecemasan ketika pesawat itu sedang bergerak di landasan sebaik mendarat.
Kejadian itu melibatkan Penerbangan Air Arabia G9 471 dari Sharjah pada pagi Ahad, lapor media tempatan.
Anggota keselamatan mengejar dan menangkap penumpang lelaki tersebut di atas landasan, yang merupakan penduduk daerah Pudukkottai di Tamil Nadu.
Landasan ditutup seketika sebagai langkah keselamatan dan pesawat A320 yang membawa 231 penumpang itu ditunda dengan selamat ke petak parkir.
© New Straits Times Press (M) Bhd






