Azhar Sulaiman masih setia, seru anak muda sertai UMNO

Azhar Sulaiman masih setia, seru anak muda sertai UMNO


Pelakon senior, Azhar Sulaiman atau mesra disapa Behar mengajak golongan anak muda terutamanya menyertai UMNO meskipun ia sebuah parti lama.

“Behar ingin menjemput dan mempersilakan semua anak muda untuk sertai pasukan UMNO,”katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran yang sama, Azhar menyatakan kesetiaannya kepada parti itu.

“UMNO ialah sebuah parti lama, tetapi Behar masih setia bersama UMNO sebab percaya, once you run away, you will be ‘running away’ from many things for the rest of your life,”katanya.

Pada Januari 2023, Azhar memutuskan untuk keluar dari UMNO berikutan tidak tahan dan kecewa dengan kemelut yang sering berlaku dalam parti berkenaan.

Artikel lain: Azhar Sulaiman umum undur diri, penat layan drama UMNO tiada kesudahan

Ujar beliau pada ketika itu, perjuangannya selama ini untuk orang Melayu sudah berakhir.

Dan, cukuplah setakat di sini sahaja dia mencurahkan segala usaha untuk UMNO.

Sumber: FB Azhar Sulaiman





Source link

OR

Scroll to Top