Perak berkobar layan kunjungan JDT

Perak berkobar layan kunjungan JDT



sukan@hmetro.com.my

Ipoh: Perak FC bakal melayani kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan tertunda aksi Liga Super di Stadium Perak, Sabtu ini.

Ia adalah perlawanan terakhir skuad Seladang di stadium keramat itu sebelum berpindah ke Stadium Manjung bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf padang di Stadium Perak.

Sehubungan itu, Pengurus Besar Perak FC, Neow Choo Seong merayu kepada penyokong tuan rumah supaya hadir memenuhi stadium dan menyuntik semangat kepada skuad Seladang.

“Moral pasukan sedang dalam keadaan terbaik dan pemain bersedia memberikan persembahan terbaik mereka.

“Perlawanan terakhir di Ipoh bukan hanya sekadar permainan bola sepak, ia adalah maraikan perjalanan yang kita kongsi bersama penyokong Perak sepanjang musim ini.

“Namun, kami juga mengingatkan peminat untuk menunjukkan rasa hormat dan menjaga kelakuan masing-masing.

“Fokus kepada keterujaaan permainan dan tolong elakkan sebarang konflik di luar padang,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Berdepan cabaran dari pasukan teratas liga itu, Choo Seong mengakui Harimau Selatan mempunyai skil hebat, namun pihak pengurusan Perak FC percaya kepada kemampuan skuad kendalian Yusri Che Lah.

Perak kini berada di kedudukan keempat Liga Super selepas berjaya memenangi tiga perlawanan terakhir dalam aksi menentang Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC dan KL City, sekaligus meningkat motivasi pasukan itu dalam misi mengejar lebih banyak kemenangan.

Perlawanan antara dua pasukan itu adalah berikutan perlawanan asal pada 17 Ogos lalu terpaksa ditunda akibat cuaca buruk.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top