Perak tutup saingan Liga A1 dengan kemenangan

Perak tutup saingan Liga A1 dengan kemenangan


IPOH: Perak menutup saingan Liga A1 Semipro 2025/2026 dengan Kemenangan 2-0 ke atas pasukan Kelantan WTS FC pada perlawanan di Stadium Bola Sepak Perak, Chepor di sini hari ini.

Dalam perlawanan di atas padang basah akibat hujan, jaringan Wan Zack Haikal pada minit ke-45 dan gol Hazim Jamal pada minit ke-65 memberikan mata penuh buat pasukan tuan rumah.

Perak yang mengejutkan Selangor FC 2-1 pada perlawanan Isnin lalu, meneruskan rentak cemerlang untuk mencatat kemenangan ke-15.

Biarpun pasukan lawan cuba memberi tentangan tetapi segala usaha mereka berjaya dipatahkan benteng pasukan tuan rumah.

Dengan kemenangan tersebut, Perak berpeluang memperbaiki kedudukan liga tetapi bergantung kepada keputusan perlawanan dua pasukan iaitu Kedah FA dan Kelantan Red Warriors

Jika kedua-dua pasukan gagal mengutip mata penuh, maka Perak berpeluang melonjak kedudukan ketiga liga dengan 55 mata.

Jika berlaku sebaliknya, anak buah Syamsol Saad kekal ditangga kelima dalam liga yang disertai 15 pasukan itu. – UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top