'Kami banyak buat silap' – Wooi Yik

'Kami banyak buat silap' – Wooi Yik


aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui terlalu banyak melakukan kesilapan sendiri menjadi penyebab mereka gagal mengulangi pencapaian tahun lalu mara ke final Masters Malaysia di Arena Unifi, Bukit Jalil, hari ini.

Pasangan negara itu tersingkir di separuh akhir selepas tewas 18-21, 12-21 kepada beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Menurut Wooi Yik, kesilapan yang tidak sepatutnya selain terlalu banyak menghadiahkan mata mudah kepada lawan.

“Saya rasa kami tidak cukup sabar dan banyak buat kesilapan sendiri. Jadi itu yang buat mereka lebih yakin dan ada kelebihan di situ,” katanya.

Wooi Yik turut mengakui Sze Fei-Izzuddin tampil lebih konsisten selain mempunyai persefahaman yang baik sepanjang perlawanan.

“Saya rasa corak permainan mereka lebih ‘solid’ hari ini. Mereka lebih konsisten dan masing-masing tahu corak permainan pasangan sendiri.

“Kami pula banyak buat kesilapan hari ini dan itu yang buat mereka lebih senang bermain,” katanya.

Sementara itu, Aaron menafikan dia hilang kawalan emosi meskipun dilihat membaling raket ketika perlawanan berlangsung.

“Tak ada apa-apa, cuma rasa macam buat kesilapan mudah kadang-kadang,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top