Perangi rasuah bukan tugas mudah, perlu keberanian – Azam Baki

Perangi rasuah bukan tugas mudah, perlu keberanian – Azam Baki


mhafis@mediaprima.com.my

Putrajaya: Usaha memerangi rasuah bukanlah tugas mudah dan tidak hanya bergantung kepada undang-undang serta dasar sedia ada tetapi menuntut kepada integriti, keberanian serta usaha kolektif walaupun dalam situasi mencabar.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kejayaan dalam menangani rasuah turut memerlukan penguatkuasaan yang konsisten, institusi kukuh serta individu yang berani bersuara dan memimpin melalui teladan.

“Perubahan yang signifikan tidak berlaku serta-merta, namun dengan komitmen, kerjasama dan nilai-nilai yang betul, ia boleh dicapai,” katanya ketika berucap di majlis Makan Malam Sempena Bengkel International Anti-Corruption Academy (IACA) Regional Summer Academy (ASIA) di Kuala Lumpur semalam.

Azam turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IACA di atas penganjuran bengkel itu yang berjaya memupuk perkongsian ilmu dan semangat dalam memerangi rasuah rentas sempadan.

Beliau berkata, IACA boleh dijadikan platform untuk memperkukuhkan pemahaman dan keupayaan peserta untuk menghadapi cabaran rasuah selain mengetengahkan amalan terbaik serta strategi antirasuah melalui perkongsian pengalaman daripada pakar industri.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Datuk Zamri Misman dan Penasihat IACA Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top