“Perempuan Malaysia Memang Tiada Taste Ke?” – Individu Label Meerqeen Muka Awam

“Perempuan Malaysia Memang Tiada Taste Ke?” – Individu Label Meerqeen Muka Awam


Hantaran seorang pengguna Threads menjadi perhatian apabila berkongsikan pandangan peribadinya mengenai pelakon Meerqeen.

Menerusi hantaran berkenaan, individu itu berpendapat rupa paras aktor berkenaan biasa sahaja serta mempersoalkan adakah wanita di Malaysia tiada citarasa.

BACA: Meerqeen Dinobat Gempak Most Wanted Awards 2025

Lebih menjadi perhatian, hantaran individu tersebut turut mendapat komen balas daripada Meerqeen sendiri yang secara santai meminta individu itu bertenang.

Diruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Meerqeen mempunyai daya tarikan tersendiri serta mengatakan setiap individu ada pendapat mereka masing-masing.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan setiap kali Meerqeen  menghadiri acara pasti peminat akan mengerumuni aktor tersebut.






Source link

OR

Scroll to Top