Perlu pinda RUU baharu pastikan ada peruntukan MP – Razali

Perlu pinda RUU baharu pastikan ada peruntukan MP – Razali


KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya peruntukan setiap ahli Parlimen hendaklah diangkat dan dipinda dalam rang undang-undang baharu sebagai satu evolusi sistem demokrasi berparlimen.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris amat bersetuju dan selari dengan pandangan BERSIH dan IDEAS yang mengesyorkan peruntukan sedemikian untuk ahli Parlimen perlu dikanunkan.

“Soal yang penting sekarang ialah kenapa perlu dikenakan pelbagai syarat terhadap ahli Parlimen pembangkang sekaligus memperlihatkan kerajaan sendiri tidak bersifat sebagai negarawan.

“Malahan PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Timbalan Perdana Menteri acapkali melaung-laungkan buta warna politik tetapi sebenarnya buta hati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Razali, kerajaan masih tidak punya jiwa yang besar, bahawa ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat sendiri manakala ahli Parlimen Dewan Negara dilantik dan dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong, lantikan negeri serta mewakili kumpulan atau organisasi penting dalam negara ini.

“Parlimen Malaysia harus berani melakukan perubahan bermakna demi kemakmuran sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Negara.

“Saya pernah membangkitkan isu peruntukan beberapa kali dalam sesi perbahasan di Dewan Negara, tetapi seolah-olah tidak diendahkan langsung oleh kerajaan Perpaduan,” ujarnya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top