May 18, 2024

MIC, MCA tak berkempen dalam PRK Kuala Kubu Baharu


KUALA LUMPUR – MCA dan MIC tidak akan berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu jika calon kerajaan bukan daripada Barisan Nasional (BN).

Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuaratnya hari ini.

“Selepas pertimbangan teliti, keputusan sebulat suara jawatankuasa sekiranya calon yang dicadangkan itu bukan ahli mana-mana parti komponen BN, maka MCA tidak akan menyertai sebarang usaha kempen,” katanya dalam kenyataan.

Pada 22 Mac, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka tidak akan menuntut kerusi Kuala Kubu Baharu dan memberi laluan kepada rakan parti penyandang dalam kerajaan perpaduan iaitu DAP.

Terdahulu, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, parti itu tidak akan turun berkempen pada PRK yang sama kerana tidak ditandingi calon BN.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong dari DAP pada 21 Mac lalu akibat barah. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top