Perselisihan Faham Antara Bekas Isteri & Anak, Ajai Enggan Ulas Lanjut – “Kita Doakan Sahaja”

Perselisihan Faham Antara Bekas Isteri & Anak, Ajai Enggan Ulas Lanjut – “Kita Doakan Sahaja”


Komposer dan penyanyi Ajai, enggan mengulas lanjut mengenai masalah yang berlaku antara bekas isterinya yang juga penyanyi, Nourul Wahab dan anak perempuan mereka, Ayu Nazirah.

Kata Ajai, ia adalah perkara sensitif yang berlaku didalam keluarganya apatah lagi untuk diulas secara mendalam kepada umum.

“Saya rasa masalah ini berlaku sebab mereka berdua (Nourul dan Ayu) perangai mereka sama.

“Jadi hal anak-beranak ni agak sensitif sikit. Jadi, pada saya tak ada salah pun, kita doakan.

“Saya pun dah pujuk Ayu. Lagipun dia bukan budak-budak dah matang. Tapi dalam hal ini saya kurang bertanya kepada dia,” katanya.

Ajai berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka anjuran Usanita baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai hubungan kedua beranak itu,  Ajai bagaimanapun yakin bahawa hubungan antara anak dan ibu tidak akan terputus sekali gus berharap kedua-duanya akan berbaik suatu hari nanti.

“Insyaa-Allah doakan yang baik-baik . Semoga mereka terbuka hati semula lagipun gaduh ni kan tandanya sayang,” jelasnya.

Terdahulu, Nourul menerusi sesi temu bual audio siar mendedahkan hubungannya bersama anaknya itu masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sekadar info, Ayu merupakan anak kepada pasangan Nourul dan Ajai sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai sekitar tahun 2007.



Source link

OR

Scroll to Top