“Pertama Kali Jadi Mak Pengantin, Salam Kaut Orang Kasi Dekat Kita” – Shila Amzah

“Pertama Kali Jadi Mak Pengantin, Salam Kaut Orang Kasi Dekat Kita” – Shila Amzah


Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa syukur majlis pernikahan ibunya, Fauziah Sarman dengan jejaka pilihan dikenali sebagai Zainal yang berlangsung pada Sabtu lalu berjalan lancar.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Shila berkongsikan pengalaman manis membantu menguruskan majlis pernikahan ibunya termasuk busana serta solekan buat pengantin.

BACA: Ibu Shila Amzah Bakal Kahwin Dengan Duda

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pertama kali jadi mak pengantin, bila salam kaut orang beri dekat kita (tapi semua masuk dalam beg mak kita). Lucu pula rasa.

“Dari baju, penatas rias mak dan babah. Dari borang kahwin, Deorang tak percaya ya dukumentasi itu yang akan leceh, tak boleh buat minit akhir. Alhamdulillah sempat semuanya.

“Yang paling Lucu sebab mak and babah tak pernah pergi kursus kahwin, ada yang cakap kena pergi , terus pening deorang,” tulisnya.

Sementara itu, Shila berkata setiap individu akan merasai kebahagiaan tidak kira cepat atau lambat serta mengucapkan terima kasih buat suaminya, Ubai.

“Apa-apa pun Terima Kasih buat yang doakan baik-baik , kebahagiaan itu milik semua , In sha Allah cepat atau lambat sahaja.

“Perjalanan kita takkan pernah sama, Tapi kita semua mahu ke pengakhiran destinasi yang sama jua. Terima Kasih suami Ubai  kerana sudi mengiringi perjalanan ini,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top