June 24, 2024

Pesawat Boeing terhempas di Dakar, 11 cedera


DAKAR – Sebuah pesawat Boeing 737-300 terhempas semasa berlepas di Senegal, mencederakan 11 orang termasuk juruterbang.

Penerbangan Air Senegal HC 301 menuju ke Bamako, ibu negara Mali telah terkeluar dari landasan pada awal pagi Khamis, kata lapangan terbang Blaise Diagne Dakar dalam satu kenyataan.

Media melaporkan kejadian itu berpunca selepas pesawat berkenaan sedang memecut untuk berlepas. Difahamkan pesawat itu mengalami masalah hidraulik.

Ketika kejadian pesawat membawa 73 penumpang.

Susulan kejadian itu lapangan terbang berkenaan ditutup.

Pesawat Tansair yang membawa 73 orang penumpang terhempas sebaik sahaja berlepas di Lapangan Terbang Senegal. Foto Aeronews

Perkhidmatan kecemasan di lapangan terbang telah digerakkan untuk memindahkan penumpang, kata kenyataan lapangan terbang itu.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kejadian, yang berlaku sekitar 0100 GMT.

Boeing tidak mengulas mengenai kejadian itu, begitu juga Transair, syarikat swasta yang Air Senegal menyewa pesawat tersebut.

Walaupun belum diketahui punca nahas itu, ia berlaku ketika pengeluar pesawat berkenaan menghadapi krisis yang semakin mendalam mengenai rekod keselamatannya. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top