June 24, 2024

PH guna media sosial tarik perantuan pulang mengundi


HULU SELANGOR – Pakatan Harapan (PHJ)  memperhebat penggunaan media sosial dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang berbaki hanya tiga hari ini untuk menarik perantauan golongan muda balik mengundi pada 11 Mei ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli berkata, usaha itu akan dilakukan secara berterusan tanpa berlebih-lebihan seperti menawarkan sesuatu ganjaran.

Sebaliknya usaha itu lebih kepada menimbulkan kesedaran tentang pentingnya mereka pulang untuk memilih wakil rakyat demi kesejahteraaan dan masa depan yang lebih baik untuk rakyat di Kuala Kubu Baharu.

“Kaedah ini merupakan satu usaha bagi menyampaikan mesej-mesej jelas berkenaan perancangan masa depan di Kuala Kubu Baharu khususnya kepada golongan muda yang berhijrah ke bandar.

“Pada masa sama interaksi secara bersemuka dengan golongan berkenaan tetap diadakan namun penggunaan media sosial perlu diperkukuhkan

“Kita sangat berharap terutama golongan muda ni ada kesedaran dan dia tahu dia pulang dengan niat dan matlamat yang betul,” katanya sambil menambah PH akan mengumpulkan beberapa tokoh berpengaruh untuk bantu kempen ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ceramah kelompok di Batang Kali, di sini, malam tadi.

Hadir sama pada sesi ceramah itu Calon PH, Pang Song Tao dan beberapa pimpinan parti tersebut.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon pada pada 27 April hingga 11.59 malam, Sabtu ini.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK Kuala Kubu Bharu adalah sebanyak 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan adalah pada 11 Mei, manakala pengundian awal selesaikan dijalankan semalam. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top