September 8, 2024

Piala FA: Terengganu menang tapi belum selamat

Piala FA: Terengganu menang tapi belum selamat


KUALA LUMPUR – Terengganu FC membawa bekalan tipis ke Stadium Petaling Jaya (MBPJ) apabila meraih 3-2 di hadapan penyokong sendiri dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA, malam ini.

Tuan rumah bermula selesa dan Stadium Sultan Zainal Abidin gamat apabila Sang Penyu di depan menerusi pemain kebangsaan, Safawi Rasid yang menghadirkan jaringan pembukaan pada minit ke-30.

Berselang lima minit, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner menambah derita pasukan Lembah Klang itu selepas giliran perancang utama, Nurillo Tukhtasinov merobek gawang Selangor untuk meletakkan Terengganu di kedudukan 2-0.

Namun pada minit ke-38, Alvin Fortes kembali memberi harapan menerusi tolakan gol yang merapatkan jurang permainan sebelum tamat separuh masa pertama.

Bermula di separuh masa kedua, pelawat terus agresif menyerang dan menyamakan kedudukan menerusi pemain import, Noor Al-Rawabdeh pada minit ke-48.

Namun Stadium Sultan Mizan kembali bergema apabila penggempur berbisa, Ismahil Akinade, menanduk masuk bola hantaran daripada Nurillo yang menewaskan penjaga gol, Samuel Somerville untuk tuan rumah kembali di depan.

Keputusan 3-2 itu kekal sehingga wisel penamat bagi Terengganu membawa kelebihan satu jaringan ke Stadium MBPJ untuk menghidupkan peluang ke perlawanan akhir pada Ogos depan. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top