May 24, 2024

Piala Sumbangsih: Selangor tarik diri atas faktor keselamatan


KUALA LUMPUR – Selangor FC mengambil keputusan menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Sultan Ibrahim Jumaat ini selepas mengambil kira aspek keselamatan sebagai faktor utama.

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, walaupun keputusan itu berat, ia dianggap wajar bagi menjamin keselamatan pemain selepas bintang utamanya, Faisal Halim yang menjadi mangsa serangan simbahan asid.

“Selangor FC telah mengambil maklum keputusan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) untuk tetap meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei 2024 ini.

“Setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam, pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan.

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan,” menurut kenyataan Selangor FC sebentar tadi.

Sebelum ini MFL membuat keputusan untuk kekalkan perlawanan itu dan menolak permohonan Selangor FC selepas mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa.

Daripada makluman MFL, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar mengumumkan seramai 1,500 anggota polis akan dikerah untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top