PM Anwar seru tolak politik kebencian, kritik pihak guna isu agama & kaum cetus permusuhan

PM Anwar seru tolak politik kebencian, kritik pihak guna isu agama & kaum cetus permusuhan


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menolak politik kebencian dan menekankan perpaduan berasaskan nilai kemanusiaan serta keharmonian antara agama, sambil menegaskan konsep Malaysia MADANI adalah kesinambungan cita-cita negara untuk menghormati kepelbagaian masyarakat.

Kalau ada perbezaan, ia perbezaaan memberi makna

Memetik laporan daripada Harian Metro, beliau turut mengkritik pihak yang menggunakan sentimen kaum dan agama untuk menimbulkan ketakutan serta permusuhan, dan menyeru majoriti rakyat tampil bersuara mempertahankan perpaduan serta memajukan semua rakyat secara inklusif.

“Kalau ada pun perbezaan, ia adalah perbezaan untuk memberi makna dan kefahaman yang lebih baik.
“Nilai seperti belas ihsan, kasih sayang dan hormat sesama manusia semakin terhakis di banyak negara akibat kecenderungan politik yang hanya mementingkan kepentingan praktikal serta kuasa.
“Namun, dalam semua agama termasuk Islam dan Buddha mengajar nilai keamanan, kasih sayang dan belas kasihan, namun mesej itu sering tenggelam akibat sentimen kebencian yang dimainkan pihak tertentu,” katanya ketika ditemui.

Semua kaum tak boleh dipinggirkan

Anwar turut menegaskan kerajaan akan terus membantu golongan Bumiputera yang memerlukan tanpa meminggirkan rakyat miskin daripada semua kaum, sambil menekankan pendekatan berasaskan semangat ihsan dan kebersamaan sebagai keluarga besar Malaysia.

Beliau menekankan Malaysia kekal unik sebagai negara berbilang kaum dan agama yang mampu aman dan stabil hasil komitmen pemimpin dan rakyat yang memilih perpaduan berbanding perpecahan.

Sumber: Harian Metro (Saadiah Ismail)





Source link

OR

Scroll to Top