May 21, 2024

PN pertaruh Khairul Azhari di PRK KKB


BATANG KALI – Perikatan Nasional (PN) memilih pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut sebagai calon PRK Kuala Kubu Baharu tidak lama lagi.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, pemilihan Khairul Azhari adalah keputusan sepakat yang dibuat dalam mesyuarat tertinggi PN.

“Ada sifat tolak ansur dan timbang rasa dalam menentukan calon, kerana yang terbaik adalah menentukan kemenangan PRN,” katanya ketika Majlis Pengumuman Calon malam ini.

Khairul merupakan anak tempatan di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu.

Beliau yang mendapat pendidikan sehingga peringkat sarjana di Universiti Malaya pernah bertugas sebagai Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor; Pengurus Besar Petrogas Resources; Head Of Oil & Gas Dept, Damini Corp dan Eksekutif Kewangan di Bursa Malaysia.

Kini beliau merupakan Pengurus Besar, Global Valley Venture Sdn Bhd.

Dalam bidang politik, Khairul pernah menjadi Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor (2019 -2023) dan Naib Ketia Bahagian itu (2016 -2019).-

Muhyiddin dalam sidang akhbarnya menambah, PN mengambil kira semua sudut dalam pemilihan calon dalam PRK kali ini.

Bukan hanya soal kerusi dan jumlah undi tetapi situasi semasa negara juga diambil kira oleh PN, selain maklum balas penduduk.

“Kita ambil kria semua faktor-faktor tadi, juga oandangan penduduk tempatan, Kita buat keputusan hari ini untuk memilih anak tempatan sudah lama berada di sini, berpendidikan, dikenali ramai dan umur cukup dewasa boleh berperanan sebagai wakil rakyat berkesan,” tambahnya. MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top