mhafis@mediaprima.com.my
Gombak: Polis mengesan individu melakukan perbuatan khianat merosakkan kereta seorang wanita di Bandar Country Homes, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan polis mengenai pintu kereta terdapat kesan calar pada jam 6.25 petang.
Menurutnya, hasil siasatan yang dijalankan kejadian dipercayai berlaku pada 27 Januari antara jam lebih kurang 10 pagi hingga jam lebih kurang 6 petang.
“Mangsa berusia 41 tahun meletakkan keretanya di Jalan Desa 9/4Bandar Country Homes dalam keadaan baik namun apabila datang semula datang pintu sebelah penumpang bercalar.
“Usaha untuk mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat harta benda),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Amirul Asyraf Abu Hassan di talian 019-3491233 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
© New Straits Times Press (M) Bhd