Polis tahan 40 individu ketika aksi Perancis-Israel

Polis tahan 40 individu ketika aksi Perancis-Israel


Paris: Kira-kira 40 penyokong ditangkap oleh pihak berkuasa Perancis sepanjang aksi babitkan skuad Les Bleus dan Israel yang berlangsung di Stade de France, Paris.

Dalam aksi Liga Negara-Negara itu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dengan 4,000 anggota polis dan 1,600 anggota keselamatan awam dikerah sepanjang aksi itu yang berkawal di dalam dan di luar stadium.

Kawalan keselamatan ketat diberikan susulan kekecohan yang berlaku babitkan penyokong kelab Israel, Maccabi Tel Aviv di Amsterdam minggu lalu.

“Pergaduhan yang tercetus secara tiba-tiba, berjaya dikawal oleh steward,” kata ketua polis Paris, Laurent Nunez.

“Perlawanan berlangsung dengan sangat baik dari sudut keselamatan.”

Seorang sumber keselamatan berkata, seorang individu ditahan selepas insiden dan seorang lagi ditangkap apabila dikenalpasti menerusi imej CCTV.

Di Amsterdam minggu lalu, penyokong Maccabi dikejar oleh remaja yang menaiki skuter dan dipukul selepas perlawanan Liga Europa menentang Ajax.

Namun sebelum itu, penyokong Israel membuat provokasi awal dengan membakar bendera Palestin, menyerang teksi dan melaungkan slogan anti-Arab, kata pihak berkuasa bandar berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top