May 20, 2024

Polis tahan guru lelaki siasat kes amang seksual pelajar dalam tandas


PETALING JAYA – Seorang guru lelaki yang disyaki melakukan amang seksual terhadap pelajar perempuan di dalam tandas awam di Kota Damansara di sini berjaya ditahan polis pada 5 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, kejadian itu berlaku pada 22 Mac di sebuah tandas awam di sebuah pusat beli belah.

Suspek seorang warga tempatan berusia 27 tahun itu disyaki melakukan amang seksual terhadap mangsa yang berusia 14 tahun.

“Mangsa yang menjadi trauma akibat perbuatan jijik itu tampil bersama keluarganya ke balai dan membuat laporan polis pada Jumaat lalu untuk tindakan sewajarnya.

“Bertindak atas laporan mangsa itu, sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya telah membuat tangkapan ke atas suspek di Balai Polis Kepong kelamrin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Shahrulnizam, suspek lelaki itu kini direman selama lima hari bermula semalam hingga 10 April ini untuk membantu siasatan lanjut.

Polis sedang menjalankan siasatan di bawah Sekyen 14(1)(a) Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 .

“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan,” katanya lagi.-MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top