June 14, 2024

PRK Sungai Bakap: Parti mana bertanding akan diumumkan selepas mesyuarat PN


KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan parti mana yang diberikan kepercayaan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusinya, Datuk Dominic Lau tidak memperincikan bila dan dimana mesyuarat itu akan diadakan.

“Kita akan umumkan pada masa sesuai mesyuarat akan diadakan bila.

“Walaupun kita tengah sedih tapi kita kena hadapi PRK yang akan diadakan. Kita akan umum perincian (parti mana yang bertanding) bila mesyuarat calon siapa, pada masa sesuai kita akan umumkan,” katanya kepada media selepas menghadiri sambutan ulangtahun ke-56 Gerakan di Menara PGRM, malam ini.

Ditanya samada beliau akan bertanding di kerusi itu, Dominic berkata: “No komen (Tidak mahu komen),”.

Terdahulu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, beliau akan menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Isnin ini. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top