JOHOR BAHRU: Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) bakal bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang akan diadakan pada 11 Julai depan.
Perkara itu diumumkan Presidennya, P. Punithan pada Majlis Pengumuman Calon yang diadakan di Dewan Raya Tiram, di sini malam ini.
Menurut beliau, PRN Johor menjadi detik bersejarah buat parti tersebut memandangkan ini merupakan kali pertama mereka menyertai pilihan raya.
“Buat julung kalinya dalam sejarah, MIPP akan bertanding dan kami akan bertanding di bawah panji Perikatan Nasional (PN). Langkah ini amat bermakna buat MIPP.
“Hal ini mencerminkan pertumbuhan parti selain membuktikan bahawa para pemimpin Perikatan Nasional menaruh keyakinan terhadap keupayaan MIPP untuk bekerjasama demi membawa Johor ke arah masa depan yang lebih gemilang,” katanya.
Berikut senarai calon MIPP bagi PRN Johor ke-16:
N03: Pemanis – Dr. A. Arvind
N30: Paloh – D. S. Jeevakumar
N43: Permas – T. Vela
N49: Kota Iskandar – S. S. Anna Pravina
N50: Bukit Permai – M. Lina Manoh. – UTUSAN





