PRN N.9: Aminuddin yakin PH melepasi 19 kerusi! Jentera tak goyah walau dihujani spekulasi

PRN N.9: Aminuddin yakin PH melepasi 19 kerusi! Jentera tak goyah walau dihujani spekulasi


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yakin gabungan itu mampu melepasi sasaran 19 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 berdasarkan semakan terhadap kekuatan jentera di semua kawasan yang ditandingi.

Beliau berkata, pelbagai analisis dan ramalan yang dibuat ketika tempoh akhir kempen tidak menjejaskan keyakinan PH untuk terus menerajui pentadbiran negeri itu.

Menurutnya, semakan terakhir terhadap jentera di setiap kawasan mendapati sokongan dan persediaan masih berada pada tahap baik.

“Kami mesti yakin melepasi 19 kerusi, insya-Allah saya yakin sehingga saat akhir malam tadi saya semak semua kawasan yang kita bertanding mempunyai potensi yang baik dan saya rasa jentera tidak rasa down (lemah) walaupun macam-macam spekulasi.
“Itu biasalah analisis yang dibuat hanya di atas meja dia tidak turun ke bawah, saya yakin masih melepasi 19 kerusi,” katanya ketika ditemui selepas selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar, di sini, pagi tadi.

Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan dilihat beratur di Saluran 2 pusat mengundi sambil beramah mesra dengan orang ramai sebelum membuang undi.

Artikel lain: Nurul Izzah rayu beri undi kepada PH, kekalkan Aminuddin di Negeri Sembilan

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, beliau berdepan saingan tiga penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Razali Abu Samah yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Melaka serta Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Pada PRN 2023, Aminuddin berjaya mempertahankan kerusi DUN Sikamat yang disandang sejak 2015 dengan majoriti 2,662 undi selepas memperoleh 12,730 undi, menewaskan calon PN dan dua calon Bebas.

Sumber: Kosmo! Online (Nor Shafawati Yup)





Source link

OR

Scroll to Top