Puad Zarkashi cabar Onn Hafiz -“Kalau tidak berani dengan Maszlee, debat dengan saya”

Puad Zarkashi cabar Onn Hafiz -“Kalau tidak berani dengan Maszlee, debat dengan saya”

Puad Zarkashi cabar Onn Hafiz -“Kalau tidak berani dengan Maszlee, debat dengan saya”


Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi enggan menyahut cabaran berdebat kerana takut berdepan dengan hujah lawan.

Dakwa Onn Hafiz takut

Menerusi hantaran di Facebook, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu menyatakan alasan bahawa budaya berdebat bukan cara Johor tidak sepatutnya dijadikan alasan kerana perdebatan boleh berlangsung secara beradab dan berasaskan fakta.

“Saya yakin Onn Hafiz sebenarnya takut untuk berdebat dengan Dr Maszlee. Dia guna alasan, “Bertikam lidah, berdebat bukan cara Johor”. Siapa kata berdebat bukan cara Johor? Cara Johor ialah berdebat biar beradab, berhemah, tidak menengking dan tiada boo.
“Berdebat biar ada hujah dan rasional. Saya yakin Onn Hafiz banyak hujah. Sepatutnya Onn Hafiz setuju berdebat. Itu beri peluang pada rakyat buat penilaian.
“Kalau takut, Onn Hafiz boleh hantar Dr Akmal Salleh sebagai wakil. Dia memang berani, cuma berani tidak bertempat,” katanya.

Rakyat berhak lihat pertembungan idea

Menurut Mohd Puad lagi, rakyat berhak melihat pertembungan idea dan hujah antara pemimpin supaya mereka dapat membuat penilaian sendiri.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa Onn Hafiz pernah memintanya ketika menjawat jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor supaya mengehadkan perbahasan berkaitan Enakmen ADUN Lantikan.

“Sebut pasal takut berdebat, Onn Hafiz pernah melarang saya sebagai Speaker membenarkan perbahasan Enakmen ADUN Lantikan kepada dua dari Kelab Ahli Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) dan dua daripada pengimbang.
“Saya tanya kenapa takut? Bukankah ia akan lulus sebab kerajaan menguasai majoriti 2/3?,” ujarnya.

Kalau tak berani dengan Dr Mazlee, boleh dengan beliau

Mohd Puad turut mendakwa Onn Hafiz pernah meminta supaya tempoh sesi soalan lisan dan sesi perbahasan dipendekkan, namun beliau menolak cadangan itu kerana menganggapnya tidak adil kepada wakil rakyat.

“Ada kalanya dia minta saya pendekkan masa sesi soalan lisan atau sesi perbahasan. Saya kata tidak boleh. Tidak adil kepada YB yang menyediakan soalan. Ia juga merendahkan martabat DUN kerana nadi Dewan ialah soalan lisan daripada wakil rakyat.
“Kalau tidak berani dengan Dr Maszlee, berdebat dengan saya pun ok juga,” katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berpandangan debat terbuka antara calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan pendekatan yang sesuai kerana dikhuatiri boleh mencetuskan suasana tidak harmoni sepanjang tempoh berkempen.

Ujarnya, budaya politik di Johor selama ini lebih mengutamakan adab, keharmonian dan perbahasan secara tertib berbanding bertikam lidah di pentas terbuka.

Sumber: Facebook DrPuad Zarkashi





Source link

OR

Scroll to Top