September 8, 2024

Pulang Haji, Penampilan Terkini Nagita Slavina Cuit Perhatian Peminat – Hijabista

Pulang Haji, Penampilan Terkini Nagita Slavina Cuit Perhatian Peminat – Hijabista

Manis bertudung sebaik pulang Haji, penampilan terkini Nagita Slavina di khalayak cuit perhatian peminat.

MasyaAllah cantik dan bertambah manis penampilan Nagita Slavina yang juga isteri selebriti Indonesia, Raffi Ahmad, sekembalinya pasangan ini daripada menunaikan ibadah Haji beberapa hari lepas.

Mesra dengan panggilan Gigi, wanita yang kini berusia 36 tahun itu baru saja kembali ke tanah airnya selepas menunaikan Haji.

Perubahan imej beliau disedari peminat selepas Gigi membuat beberapa hantaran ketika bersama anak-anak dan menghadiri event bersama suaminya di media sosial.

Instagram @raffinagita1717

 

Instagram @raffinagita1717

 

Tambah bermakna sebaik pulang haji, penampilan terkini Nagita Slavina ini cuit perhatian peminat dan followers beliau di media sosial.

Ibu anak tiga itu pernah mengungkap keinginannya untuk berhijab sebelum mengerjakan Haji. Semoga wanita jelita ini terus istiqamah dan menjadi inspirasi peminat Muslimah di serata dunia.

Sejuk mata memandang, gaya Nagita Slavina ni memang mencuit perhatian hijabi. Jom tonton video di bawah…

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/genap-38-tahun-hari-jadi-pertama-tanpa-abah-diana-amir-luah-kerinduan/

The post Pulang Haji, Penampilan Terkini Nagita Slavina Cuit Perhatian Peminat appeared first on Hijabista.

OR

Scroll to Top