Puteri Sarah Takut Individu Misteri Ancam Hantar Sihir – “Dia Siap Beri Amaran…”

Puteri Sarah Takut Individu Misteri Ancam Hantar Sihir – “Dia Siap Beri Amaran…”


“Dia cakap ‘aku nak sihir kau, best tak kalau aku boleh sihir satu keluarga kau”.

Demikian pendedahan Puteri Sarah Liyana apabila menerima ugutan daripada individu misteri menerusi platform media sosialnya.

Kata Sarah, individu itu seringkali memberikan kata-kata ancaman sehingga membuatkan dirinya berasa takut apatah lagi setiap kali dia melakukan sesi siaran langsung di TikTok.

Lebih menakutkan, setiap kali Sarah menyekat akaun tersebut, individu itu kembali dengan akaun baharu.

“Saya dah banyak kali sekat tapi dia akan buat akaun baru. Dia siap beri amaran berupa ugutan sihir, ancaman.

“Individu itu akan masuk setiap kali saya buat sesi siaran langsung. Dan dia akan cakap ‘aku nak sihir kau’…’best tak kalau boleh sihir satu keluarga kau’,” kongsinya.

Tidak habis disitu, individu tersebut turut menggunakan gambar profil sama seperti Sarah dan meninggalkan komen tidak beradab kepada pengikut aktres berkenaan di media sosial.

“Rakan artis pernah kena. Dia guna gambar saya dan maki hamun followers lain.

“Dia juga suka masuk live orang tua atau Orang Kelainan Upaya (OKU) dan memaki orang tersebut. Aduan pun saya ada dapat,” jelasnya.

Menurut Sarah, laporan polis telah dibuat berhubung tindakan tersebut namun, gangguan masih lagi diterimanya.

Sumber: mStar



Source link

OR

Scroll to Top