Rai Musim Lebaran Dengan Inspirasi Gaya Serba Baharu

Rai Musim Lebaran Dengan Inspirasi Gaya Serba Baharu

Rai Musim Lebaran Dengan Inspirasi Gaya Serba Baharu


Menjelang Syawal yang semakin hampir, suasana persiapan Raya mula terasa hangat apabila KWC Fashion Wholesale kembali menyemarakkan kemeriahan musim perayaan menerusi rangkaian aktiviti fesyen dan kempen khas tahun ini.

Bertempat di pusat borong fesyen terkenal di Kuala Lumpur itu, pengunjung disajikan dengan pelbagai inspirasi gaya daripada rekaan tradisional klasik hinggalah sentuhan moden kontemporari. Menerusi KWC Raya Fashion Show 2026, pentas peragaan dihiasi puluhan busana pilihan yang menggambarkan kepelbagaian cita rasa fesyen Raya masa kini.

Antara yang mencuri perhatian ialah koleksi gabungan daripada 16 jenama tempatan yang menghimpunkan busana elegan tradisional serta interpretasi moden yang lebih segar. Tidak ketinggalan, segmen abaya sofistikated dan rangkaian rekaan festif turut dipersembahkan bagi memberi idea gaya kepada pengunjung yang sedang membuat persiapan Aidilfitri.

Menambah kemeriahan acara, penyanyi popular Iman Troye turut hadir memeriahkan suasana apabila berinteraksi bersama peminat dan pengunjung.

Wendy Lam, Pengurus Pengiklanan & Promosi KWC Fashion Wholesale berkata, pihak mereka mahu menjadikan pusat itu bukan sekadar lokasi membeli-belah, sebaliknya ruang inspirasi gaya menjelang musim perayaan.

“Kami mahu setiap pengunjung datang bukan hanya untuk membeli, tetapi mendapatkan idea bagaimana mereka boleh tampil yakin dan selesa pada Hari Raya. Di sini, pelbagai jenama tempatan dapat diketengahkan dalam satu ruang yang memudahkan orang ramai membuat pilihan,” katanya.

Tambahnya lagi, kepelbagaian pilihan di bawah satu bumbung memberi pengalaman persiapan Raya yang lebih santai dan menyeronokkan.

“Kami percaya fesyen Raya bukan sekadar pakaian, tetapi sebahagian daripada tradisi. Sebab itu kami cuba gabungkan elemen klasik dengan gaya semasa supaya semua peringkat umur boleh menikmatinya,” katanya lagi.

Dengan lebih ratusan butik dan pelbagai kategori barangan, KWC terus menjadi antara destinasi utama untuk mencari kelengkapan Aidilfitri daripada busana hingga aksesori.





Source link

OR

Scroll to Top