Usia sudah menginjak 40 tahun, pelakon Zul Ariffin berkata soal jodoh bukan sesuatu yang difikirkan terburu-buru.
Memetik BH Online, Zul berkata dia senditi tidak tahu bila dirinya akan berkahwin namun menetapkan sebelum mencecah usia 50 tahun untuk bergelar suami.
BACA: “Kagum Sebab Surau Tu Kecil Je” – Individu Puji Zul Ariffin Solat Di Stesen Minyak
“Soal bila saya nak kahwin? Tidak tahulah… Saya pun tidak tahu. Mungkin dalam lingkungan usia 40-an inilah, tidaklah sampai umur saya cecah 50-an,” katanya.
Ditanya sama ada banyak menerima mesej daripada wanita di media sosial, Zul tidak menafikan perkara itu namun menganggap ianya sekadar gurauan.
“Memang ada orang DM hari-hari. Tetapi, saya tidak balas.,, Itu daripada peminat sahaja. Saya tidak marah pun.
“Kalau DM yang cari jodoh tiada pun. Banyak yang gatal dan mengarut-ngarut sahaja. Tetapi, sebenarnya, tiada apa-apa pun.
“Terutama apabila drama saya baru ditayangkan. Memang kecohlah DM sekejap. Tetapi, selepas itu, sudah okay. Insiden itu sebelum Ramadan. Jadi, apabila sudah puasa, orang fokus kepada perkara lain,” katanya.
Sumber: BH Online






