July 27, 2024

Ratu Rock ELLA Bakal Adakan Konsert Ogos Ini, Gabungkan Elemen Rock & Orkestra – Hijabista

Ratu Rock ELLA Bakal Adakan Konsert Ogos Ini, Gabungkan Elemen Rock & Orkestra – Hijabista

Ratu rock Ella bakal mengdakan konsert Ogos ini, gabungkan elemen muzik rock dan orkestra.

Walaupun siri jelajah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ sudah berakhir, ratu rock negara, Ella bakal mengadakan sebuah konsert yang lebih istimewa ‘JILID ROCKESTRA ELLA: ROCKERS JUGA MANUSIA’ pada 9 Ogos 2024 di Plenary Hall, KLCC.

Penganjur Hitman Solutions dan RockQueen, yang kembali bekerjasama berkongsi informasi mengenai konsert tersebut dalam satu sidang media eksklusif bersama media di Restoran Rumah Nusantara, Hotel Sunway Putra Hotel.

“Bekerjasama dengan Ella dan pasukan RockQueen adalah satu pengalaman yang amat mengagumkan. Setelah menganjurkan empat konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ tahun lalu, kami masih menerima permintaan tinggi daripada para peminat Ella untuk menyaksikan beliau kembali beraksi di atas pentas.

“Sebagai tanda penghargaan kami mengambil keputusan untuk berkolaborasi sekali lagi demi mencipta satu lagi konsert yang istimewa buat peminat setia Ella.

“Untuk satu malam sahaja, Ratu Rock Malaysia akan mempersembahkan gabungan yang unik-getaran rockernya dengan elemen band dan orkestra. Kami tidak sabar untuk berkongsi konsert ini dengan semua,” jelas CEO & Pengasas Hitman Solutions.

Kali terakhir Ella mengadakan konsert dalam genre orkestra ialah pada 2017.

“Saya gabungkan dua perkara, sebuah persembahan yang lebih intim dan masa bersama peminat-peminat tersayang,” kata Ella.

BACA JUGA: Lebih 30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, Kakak Ratu Rock ELLA Kongsi Rahsia Belajar Makeup Dengan Arwah Nenek

Menurut Ella, JILID ROCKESTRA ELLA kali ini adalah peluang untuk dirinya menerokai gabungan muzik dari album-albumnya yang dipersembahkan secara orkestra.

Jelas Ella lagi, perbezaan konsert yang diadakan sebelum ini dengan JILID ROCKESTRA ELLA ialah gabungan genre rock dengan 15 pemain muzik orkestra profesional.

“Konsert sebelum ini menceritakan tentang perjalanan seni dan kisah 35 tahun kerjaya saya, yang merupakan representasi lengkap diskografi saya sebagai penyanyi rock.

“Selain gabungan rock dan orkestra, konsert kali ini memberi kami peluang mempersembahkan kreativiti dalam berkarya dengan penambahan lagu-lagu hits yang belum sempat dimainkan, dan masih di bawah pimpinan pengarah muzik iaitu Dato’ Hashridz Murshim Hassim atau Dato’ Acis,” katanya.

Sebagai anak seni yang prihatin, Ella masih mengekalkan solidaritinya terhadap Palestin dan akan terus bersuara demi manusiawi sepanjang berlangsungnya konsert nanti.

“Konsep konsert masih lagi dalam perbincangan namun secara keseluruhannya adalah rapi, dari segi elemen muzik, set pentas, fesyen ‘glam rock’ dan semuanya akan kami ambil kira. Pendek kata ianya ‘rockchic rockestra’.

“Saya jangkakan durasi konsert akan berlangsung sekitar 2 jam 30 minit dengan 25 buah lagu yang bakal dipersembahkan, tidak termasuk rangkain lagu-lagu medley yang telah kami gubah demi memenuhi permintaan perminat.”

Apa yang pasti, ketika konsert nanti pasti ada kejutan dengan artis jemputan yang istimewa.

“Selain artis jemputan, akan ada segmen khas di mana saya akan mendendangkan beberapa buah lagu asli diiringi tarian istimewa.

Kredit Foto: ellaaminuddins

“Saya tidak mahu kongsi selebihnya kerana malam tersebut bakal menjadi sesuatu yang spectacular. Harapan saya agar konsert ini bakal menjadi kenangan indah buat semua yang hadir,” tutur Ella.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI


OR

Scroll to Top