September 8, 2024

Rezal tak puas hati satu gol

Rezal tak puas hati satu gol



sukan@hmetro.com.my

Kota Bahru: Meskipun menang 1-0 ke atas PDRM FC dalam aksi Liga Super semalam, penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim FC mahu anak buahnya memperbaiki permainan terutamanya di bahagian penyudah.  

Rezal Zambery Yahya berkata, bahagian serangan pasukan sudah menunjukkan peningkatan namun belum ada pemain yang mampu diharapkan untuk melakukan jaringan.  

Katanya, analisa itu dibuat selepas melihat persembahan anak buahnya menentang The Cops selepas gagal menambah jaringan meskipun mempunyai empat percubaan menarik.

“Kita tak boleh harap setiap perlawanan dapat penalti, kita dah lihat (permainan pasukan) dan akan buat penambahbaikan. Di bahagian finishing action  (aksi penyudah) kita akan jadikan keutamaan,” katanya selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.   

Rezal berkata, dia memberi kredit sepenuhnya kepada semua pemain atas kemenangan sulung pasukan dengan gol penalti Oday Kharoub menamatkan penantian tiga mata pertama KDN FC. 

Katanya, imbuhan khas yang dijanjikan pengurusan bukan faktor utama kemenangan kerana anak buahnya sentiasa turun padang untuk beraksi bersungguh-sungguh dan imbuhan itu hanya rangsangan tambahan.

Katanya, kehadiran peminat yang ramai ke stadium juga turut mempengaruhi mood pemain untuk menang.  

“Kita baru menang sekali, banyak lagi perlawanan akan kita lalui, tapi untuk malam ini biarlah pasukan bergembira dengan rai kemenangan.” 

Di pihak PDRM pula, ketua jurulatih P Maniam berkata, tuan rumah lebih layak mengutip tiga mata kerana mempunyai semangat untuk menang berbanding anak buahnya.  

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top