July 16, 2024

Rishi Sunak mohon maaf, letak jawatan PM

Rishi Sunak mohon maaf, letak jawatan PM


LONDON – Rishi Sunak memohon maaaf kepada masyarakat selepas parti Conservative pimpinannya tewas kepada parti Buruh pada pilihan raya umum dan beliau akan melepaskan jawatan sebagai pemimpin parti.

Bekas ahli kewangan berusia 44 tahun itu mempertaruhkan keadaan negara yang lebih elok untuk tempoh enam bulan dengan mengharapkan data ekonomi yang lebih baik bagi mendapat sokongan semula.

Bagaimanapun, undian menunjukkan warga British mahu menghantar mesej yang jelas kepada parti itu dengan tidak memberi mereka kuasa selepas 14 tahun berada dalam kesukaran ekonomi, Brexit dan perbalahan di Parlimen.

“Kepada negara, pertama saya mahu menyatakan, saya minta maaf.

“Saya telah melakukan tugas ini sepenuhnya tetapi anda telah menghantar isyarat bahawa kerajaan United Kingdom perlu ditukar. Apa yang penting ialah penilaian anda.

“Saya dengar kemarahan anda, kekecewaan anda dan saya mengambil kebertanggungjawaban ke atas kekalahan ini,” katanya di luar kediaman Perdana Menteri di Downing Street sebelum menuju ke Istana Buckingham bagi menyatakan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Charles III.

Skala kekalahan tidak dapat mengelakkan Sunak menjadi pemimpin parti Conservative kelima meletak jawatan sejak 2010.

Bagaimanapun, Sunak berkata, beliau akan kekal berperanan sehingga pengaturan dilakukan dalam pertandingan kepimpinan dalaman yang dijangka melibatkan pertarungan ideologi parti.

Sunak melihat pasukan utama menterinya kehilangan kerusi, termasuk Setiausaha Pertahanan, Grant Shapps.

Bakal penggantinya sebagai Perdana Menteri, Liz Truss, turut kehilangan kerusi.

Sunak – Perdana Menteri pertama berketurunan India – menyifatkan penggantinya, Keir Starmer sebagai seorang yang ‘sopan, lelaki bersemangat masyarakat yang beliau hormat’.

“Salah satu perkara luar biasa mengenai Britain ialah bagaimana dua generasi selepas datuk saya datang ke sini dengan serba kekurangan, saya boleh menjadi Perdana Menteri.

“Dan saya melihat dua anak perempuan saya menyalakan lilin Diwali di tangga Downing Street. Kita perlu menggenggam kepada idea siapa kita,” tambah beliau. – AFP



Source link

OR

Scroll to Top