RM6.2 juta diagih untuk rakyat Muar, kehadiran di Parlimen 100% – Syed Saddiq

RM6.2 juta diagih untuk rakyat Muar, kehadiran di Parlimen 100% – Syed Saddiq


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan bantuan bernilai lebih RM6.2 juta telah diagihkan kepada penduduk di kawasan Parlimen Muar sepanjang 18 bulan lalu hasil usaha mendapatkan dana serta pelbagai bentuk bantuan.

Menurut laporan BH Online, beliau berkata, segala usaha itu dilakukan sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya untuk memastikan kebajikan rakyat Muar terus terbela meskipun berdepan pelbagai cabaran.

“Saya tidak pernah culas menjalankan tanggungjawab. Boleh lihat rekod saya di Parlimen. Bukan sahaja catat kehadiran 100 peratus, malah, hadir sepenuhnya pada mesyuarat peringkat jawatankuasa serta terbabit dalam pindaan Perlembagaan.
“Saya tidak mahu culas. Dalam melaksanakan tanggungjawab, saya perlu berfikir di luar kotak dan akan terus menggunakan pendekatan itu demi membela rakyat saya,” katanya kepada pemberita di lobi Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin.

Syed Saddiq berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa beliau dikatakan sudah hilang aura sebagai ahli politik susulan penglibatannya dalam pelbagai projek termasuk dalam sektor komersial dan industri hiburan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tempoh enam tahun bergelar ahli politik menyaksikan beliau terpaksa membuat beberapa keputusan yang sukar, termasuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman terhadapnya sebelum ini.

Katanya, keputusan tersebut dibuat kerana beliau percaya seorang pemimpin yang mahu membangunkan negara perlu mempunyai tahap integriti yang tidak boleh dipertikaikan.

“Saya percaya jika kita mahu bangunkan negara, kita perlu menjadi lebih putih daripada putih (whiter than white).
“Sebab itu saya ambil sedikit langkah ke belakang untuk membuktikan kebenaran di mahkamah dan membersihkan nama saya. Alhamdulillah, sekarang saya sudah berjaya membuktikannya,” ujarnya.

Sumber: BH Online (Serimah Mohd Sallehuddin)





Source link

OR

Scroll to Top