July 27, 2024

Ruang udara diceroboh Israel: Iran tetap hantar jemaah umrah

Ruang udara diceroboh Israel: Iran tetap hantar jemaah umrah


TEHERAN: Ruang udara Iran tetap beroperasi seperti biasa apabila kerajaan negara itu meneruskan operasi penerbangan jemaah umrah ke Arab Saudi seperti biasa. 

Lapor Media Iran, IRNA, Mohammad Hossein Ajilian yang bertanggungjawab terhadap operasi haji di Iran berkata, sebanyak 11 penerbangan beroperasi seperti biasa sejak Sabtu, walaupun Israel melancarkan serangan tiga dron di lapangan terbang di bandar Isfahan, Jumaat lalu.

Penerbangan pertama akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mashhad hari ini serta lapangan terbang di bandar lain seperti Zahedan,  Ahvaz, Tabriz, Yazd, Kerman, Bandar Abbas, Sari, Isfahan and Shiraz masing-masing mengendalikan satu penerbangan pada hari berikutnya. 

Lapangan Terbang Antarabangsa Mashhad akan mengendalikan penerbangan terakhir jemaah umrah pada 2 Mei depan. 

“Kita sasarkan seramai 5,720 jemaah umrah akan melakukan perjalanan ke Arab Saudi tahun ini. 

“Serangan balas Israel ke negara ini bukan halangan rakyat Iran untuk menunaikan umrah di Arab Saudi,” katanya. 

Menurut beliau, peningkatan bilangan jemaah umrah negara itu adalah disebabkan hubungan bilateral antara Teheran dan Riyadh, tahun lalu.

Sebelum ini, rakyat Iran mengalami kesulitan untuk melaksanakan ibadah umrah susulan hubungan buruk antara kedua-dua negara sejak 2016.

Hubungan diplomatik ketika itu terputus lantaran kontroversi kematian ulama Syiah di Riyadh dan serbuan di kedutaan Arab Saudi di Teheran.

Kesannya, warga Iran hanya dibenarkan menunaikan ibadah haji dengan kuota yang terhad. 





Source link

OR

Scroll to Top