September 8, 2024

Rugi RM292,700 melabur dengan syarikat kendali pakej Umrah

Rugi RM292,700 melabur dengan syarikat kendali pakej Umrah


PETALING JAYA: Hasrat dua individu mahu menunaikan umrah terkubur apabila mereka menjadi mangsa penipuan skim pelaburan pakej Umrah ditawarkan  sebuah syarikat sehingga kerugian RM 292,700.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mangsa-mangsa yang terpedaya tersebut melabur menerusi  pakej Umrah ditawarkan syarikat itu. 

Menurut beliau, syarikat tersebut mendakwa mereka membeli pakej Umrah secara pukal dari syarikat-syarikat  lain yang menawarkan perkhidmatan pakej umrah. 

“Disebabkan penerangan, representasi dan ajakan yang menarik diberikan kepada pengadu-pengadu mereka bersetuju untuk melabur bersama di dalam syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej Umrah tersebut.

“Namun, masalah mula dirasai apabila syarikat tersebut gagal untuk memberikan sebarang persediaan dan penyiapan bagi kami mengerjakan umrah setelah mereka  membuat bayaran penuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, pengadu- pengadu telah membuat laporan polis dan penyataan tambahan berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata, pegadu-pengadu berkenaan kecewa apabila mendakwa  pihak berkuasa mengklasifikasikan laporan mereka  sebagai tiada tindakan lanjut.

Kata beliau, pihak berkuasa kemudiannya menasihatkan pengadu-pengadu untuk mengambil tindakan sivil ke atas syarikat yang didakwa menyebabkan mereka rugi.- UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top