Rukun dan syarat wajib haji

Rukun dan syarat wajib haji


Keadaan jemaah mengerjakan haji di Masjidil Haram pada 2023.
– Advertisement –

HAJI adalah satu daripada Rukun Islam dan menjadi kewajiban kepada setiap umat Islam, lelaki dan wanita bagi yang berkemampuan untuk melaksanakannya.

Cara mengerjakan haji

Haji Ifrad
Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan, sama ada mengerjakan haji sahaja dalam bulan haji sehingga selesai perkara perkara rukun dan wajib haji, kemudian baru mengerjakan umrah atau sebaliknya. Haji Ifrad lebih afdal daripada haji-haji lain.

Haji Tamattu’
Mengerjakan umrah dahulu pada bulan haji kemudian menyempurnakan ibadah haji pada tahun yang sama.

Haji Qiran
Cara pertama: Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji kemudian laksanakan semua rukun dan wajib haji. Umrah pula dikira selesai sebaik saja selesai menunaikan haji.

Cara kedua: Berniat mengerjakan umrah sahaja, tetapi sebelum tawaf berniat mengerjakan haji kemudian melaksanakan semua wajib dan rukun haji.

– Advertisement –

Rukun Haji
Rukun haji merujuk kepada elemen-elemen yang harus dilakukan dalam haji. Jika tidak, haji dianggap tidak sah tetapi seseorang itu harus mengganti dan membayar dam. Berikut adalah rukun haji yang perlu kita ketahui:

Ihram di Miqat
Sebelum seseorang itu berniat ihram untuk mengerjakan haji atau umrah di miqat makani, maka hendaklah terlebih dahulu seseorang itu memakai ihram. Sesiapa yang telah berihram dan berniat demikian, maka haramlah baginya melakukan beberapa perkara yang diharuskan sebelumnya.

Wukuf di Padang Arafah
Wukuf bermaksud berhenti serta diam tanpa melakukan pergerakan dan dilakukan dalam suasana tenang. Dilakukan pada 9 Zulhijjah setelah matahari terbenam dan berakhir ketika terbit fajar pada 10 Zulhijjah. Ketika wukuf, seluruh jemaah haji berkumpul di padang Arafah.

Antara perkara yang dilakukan adalah mendengar khutbah wukuf, perbanyakkan zikir, membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah SWT. Boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian. Setelah khutbah wukuf, jemaah boleh menunaikan ibadah solat jamak qasar taqdim zuhur dan asar.

Bermalam di Mudzalifah (bermabit)
Terletak antara Arafah dan Mina. Seseorang itu hendaklah berada di Muzdalifah selepas separuh malam 10 Zulhijjah iaitu selepas wukuf dan sebelum terbit fajar.

Bermalam di Mina
Dilakukan pada hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Memadai tinggal pada sebahagian besar setiap malam tersebut.

Melontar Jamrah
Terdapat tiga lokasi melempar jumrah, iaitu Jumrah Kubra, Jumrah Wusta dan Jumrah Sughra. Setiap jemaah haji perlu melontarkan tujuh biji anak batu pada tiap-tiap jamrah. Waktu melontar selepas gelincir matahari pada hari Tasyrik hingga terbit fajar kecuali pada 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari.

Tawaf Ifadah dan Sai’e
Tawaf Ifadah dilaksanakan setelah pulang dari Mina pada 12 atau 13 Zulhijjah. Tawaf Ifadah dilakukan dengan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dan tidak mempunyai waktu yang tertentu.

Sai’e merupakan perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Sai’e dilakukan dengan memulakan perjalanan dari Safa ke Marwah dan kembali lagi sebanyak tujuh kali.

Ketika jemaah haji berjalan kaki menuju Safa, ia akan menghadap Kaabah dan membaca takbir dan tahlil. Setelah itu jemaah haji boleh terus berjalan menuju ke Marwah sambil berzikir dan berdoa.

Tawaf Wada:
Merupakan tawaf ‘selamat tinggal’ yang wajib dikerjakan, bukan sahaja oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah tetapi juga oleh orang yang hendak meninggalkan kota Makkah untuk bermusafir sejauh dua marhalah atau lebih kerana menghormati dan memuliakan Baitullah. Berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya dan dikenakan dam.

Tahallul (bercukur atau bergunting):
Tahallul ertinya melepaskan diri dari larangan ihram. Manakala bergunting bermaksud menanggalkan sekurang kurangnya tiga helai rambut di kepala menurut syarat-syarat sahnya.

Dilakukan selepas separuh malam pada malam 10 Zulhijjah bagi orang yang mengerjakan haji dan tidak ada waktu luput untuk melakukannya. Waktu bergunting atau bercukur bagi jemaah umrah ialah selepas selesai Sa’ie umrah.

Kesimpulan
Haji adalah perjalanan spiritual yang mendalam dan transformatif. Melalui haji, seorang Muslim dipanggil untuk merenungkan diri, berdoa, memohon ampun, dan berjanji untuk menjadi pribadi yang lebih baik. – HARAKAHDAILY 19/5/2024

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top