“Saat Buku Bertemu Ruas” – Posting Eira Syazira Jadi Perhatian

“Saat Buku Bertemu Ruas” – Posting Eira Syazira Jadi Perhatian


Perkongsian isteri kepada Azad Jasmin iaitu iaitu Eira Syazira menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran ringkas selepas tular isu suaminya dengan pempengaruh, Tareq Fit.

Menerusi hantaran di Threads, Eira seolah menyatakan sudah tiba masa untuk dua pihak bertemu pasangan lawan yang sepadan dan sama hebat.

BACA: Gelar Ibu Pempengaruh GRO, Azad Jasmi Dikecam Netizen

Hantaran Eira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang bersetuju dengan tindakan Azad.

Malah, ada yang kurang senang dengan tindakan pempengaruh berkenaan yang sewenangnya menyentuh mengenai isteri dan anak orang lain.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan hantaran berkenaan ditujukan kepada siapa, sama ada berkaitan dengan isu membabitkan suaminya dengan Tareq.

Terdahulu, Tareq dilihat memuat naik hantaran memaparkan mesej berbualannya dengan Azad yang didakwa menggelar ibunya dengan panggilan tidak baik.






Source link

OR

Scroll to Top