“Saya Tak Berkawan Pun Dengan Dia, Kami Tiada Apa-Apa Hubungan” – Alya Iman

“Saya Tak Berkawan Pun Dengan Dia, Kami Tiada Apa-Apa Hubungan” – Alya Iman


Pelakon Alya Iman berkata dia tiada apa-apa hubungan dengan Yusuf Bahrin serta tidak berkawan aktor berkenaan.

Memetik Oh Bulan, Alya berkata meskipun dia dilihat seperti seorang yang peramah namun dia tidak berkawan dengan pasangan pelakonnya di luar set.

BACA: Netizen Dakwa Alya Iman Jadi Punca Cerai, Yusuf Bahrin Mahu Ambil Tindakan

“Hubungan saya dengan dia, saya tidak berkawan pun dengan dia. Walaupun secara luarannya saya nampak seperti seorang yang peramah dan bersosial tetapi bila saya di set penggambaran sejujurnya siapa pun pasangan lakonan saya, saya tidak berkawan di luar set.

“Bagi saya, kalau dalam set saya memang tak bawa ke luar melainkan kalau betul-betul dah klik,” katanya.

Sementara itu, Alya berkata dia menghormati rakan pelakon lain lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin serta memilih untuk berkomunikasi melalui pengurus masing-masing.

“Jadi antara saya dengan individu itu, kami tidak mempunyai apa-apa hubungan. Saya tidak bercakap dengan dia. Bila orang terus membuat kesimpulan tentang diri saya dengan keadaan mental saya yang begini sudah tentu ia akan memberi kesan.

“Sebelum kes itu saya menghormati sesiapa saja yang bekerja dengan saya. Sekiranya mereka ada pasangan, saya akan menetapkan batasan dan memilih untuk berkomunikasi melalui pengurus. Itu cara saya,” katanya.

Terdahulu, Alya didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangga pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top