Sabronzo cinta karier, nafi hubungan dengan ahli politik

Sabronzo cinta karier, nafi hubungan dengan ahli politik



am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Itu bukan saya dan saya tidak ada hubungan dengan mana-mana ahli politik di Malaysia,” kata anggota kumpulan Dolla, Sabronzo ketika diminta mengulas dakwaan klip video mirip dirinya memasuki bangunan bersama seorang ahli politik yang tular ketika ini.

Kata Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 29, dia juga tidak mengenali atau mendekati mana-mana individu bergelar ahli politik di negara ini.

“Maaf, saya tak kenal siapa individu dimaksudkan. Saya pun tak tengok video terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Sabronzo ditemui di belakang pentas sebelum Konsert Jiwa Malaysia yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Mengenai video itu lagi, kata Sabronzo, namanya dikaitkan mungkin kerana wanita dalam rakaman itu mirip dirinya.

“Saya tidak tahu nak respon apa. Mungkin orang kaitkan sebab wanita dalam gambar itu mirip saya dan gaya yang sama.

“Tapi memang 100 peratus bukan saya. Lagipun, internet sekarang kreatif,” katanya.

Pada masa sama, kata Sabronzo, dia kini ‘bercinta’ dengan karier nyanyiannya dan tidak mempunyai masa untuk memikirkan hal peribadi.

“Saya akan maklumkan kepada peminat sekiranya sudah ada kekasih pada masa hadapan.

“Saya tidak akan sorok kalau sudah ada kekasih tapi buat masa sekarang belum ada lagi.

“Buat masa ini, saya hanya buat kerja dan fokus pada karier seni sahaja dan tiada masa untuk perkara lain,” katanya.

Terdahulu, tular video seorang wanita yang di dakwa mirip Sabronzo memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang ahli politik tiba di lokasi sama.

Ahli politik itu juga dilaporkan pernah bertunang dengan seorang penyanyi popular tetapi hubungan itu berakhir dengan perpisahan sebelum ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top