May 20, 2024

“Sakit-Sakit Pun Masih Jaga Aurat” LANA NODIN Alami Bengkak Usus, Terima Doa Yang Tak Putus-Putus – Hijabista

Pelakon yang juga usahawan Lana Nodin baru-baru ini meraih perhatian ramai apabila tampil bertudung.

Kredit Foto: IG lananodinmckienzie

Manis dan ayu sangat Lana Nodin dengan penampilannya terbaharunya itu. Nampak lagi muda walaupun Lana kini bergerlar ibu kepada dua anak.

Penampilan baharu Lana Nodin itu seperti yang dilihat dalam hantarannya di Instagram menerima reaksi positif daripada para pengikut.

Kredit Foto: IG lananodinmckienzie

Selain memuji kecantikan Lana Nodin yang kian terserlah sejak bertudung, para pengikut turut menitipkan doa agar Lana Nodin istiqamah bertudung dan menutup aurat.

Akui Lana Nodin dia kini sedang menyesuaikan diri dengan bertudung namun tidak mahu terlalu drastik menyatakan dirinya sudah berhijrah.

Kredit Foto: IG lananodinmckienzie

Katanya, dia masih dalam fasa mencuba dan sesuaikan diri. Memandangkan usia pun sudah mencecah 45 tahun, Lana berpendapat sudah tiba masanya untuk dia mencuba (bertudung) secara perlahan-lahan.

Lana dilihat mula bertudung sejak Ramadan lalu. Menurut Lana Nodin, imej barunya itu turut mendapat sokongan penuh daripada suami. Malah, mereka sama-sama cuba untuk berubah ke arah lebih baik bersama anak-anak.

BACA JUGA: “Seindah Ujian Dalam Istiqamah” Ini Pesanan USTAZAH SHARIFAH KHASIF Buat Hijabi

Bintang drama Suamiku Lelaki Pendosa ini turut memuat naik foto dirinya ketika berbuka puasa bersama keluarga dengan imej bertudung.

Lana Nodin terus mendapat perhatian apabila dia memuat naik rakaman video meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama suami, Mohd Daud McKienzi serta dua anaknya iaitu Gia Quinn Mckienzie dan William Daud Mckienzie.

ALAMI JANGKITAN KUMAN DI USUS
Sementara itu, dalam hantaran terbaharu Lana ada berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Dia disahkan mengalami jangkitan kuman di bahagian usus sehingga mengalami sakit perut yang kronik.

Menurut pemilik nama penuh Mazlina Hassan Nodin ini, kesihatannya mula terjejas sejak beberapa hari lalu yang berkemungkinan berpunca daripada keracunan makanan.

“Saya dah alami ini (sakit) tiga, empat hari. Baru hari ini ada tenaga nak bercakap. Saya disahkan doktor mengalami jangkitan pada usus, salah makan atau keracunan makanan saya tak tahu.

“Saya masih di sini, di hospital. Tak boleh bangun kerana bengkak usus,” katanya menerusi perkongsian video dalam Instagram.

Kredit Foto: IG lananodinmckienzie

Dalam perkongsian sama, Lana Nodin turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan daripada media mahupun rakan-rakan artis yang ingin tahu tentang perkembangan dirinya.

Pun begitu, Lana Nodin menitipkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan semua yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.

Kredit Foto: IG lananodinmckienzie

“Salam Semua.. terima kasih atas semua message dan call dari rakan-rakan artis dan juga rakan-rakan media. Kalau Lana tak sempat nak reply maaf Lana masih berehat.

“Terima kasih atas doa-doa dari sahabat-sahabat dan rakan artis dan rakan media dan juga peminat-peminat saya. Insyallah doakan saya cepat-cepat sembuh. Amin”

Kredit Foto: IG lananodinmckienzie

Semoga Lana Nodin cepat sembuh serta istiqamah bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.

Untuk info, Lana Nodin dan David mula mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat comel!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di SINI

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI


OR

Scroll to Top